TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Thursday 26 September 2013

Al-Fatihah... buat PokLong

Assalamualaikum...

21 September 2013, 3.20 petang..
Selepas pemergian adik ayah, Teh lebih kurang setahun yang lalu,
Kini pula perginya abang sulung ayah, Pok Long bertemu Sang Pencipta diri..
Perancangan Allah itu cukup baik bila kami semua adik beradik termasuk abangku di Sabah turut balik hujung minggu tu memandangkan mok ayoh nak berlepas ke Tanah Suci menunaikan haji..

Seingat sy, kali terakhir tengok arwah Pok Long yang ketika itu masih mampu bergerak aktif bila waktu hari raya aidilfitri...
Dan bila sampai IPDA, tengok adik-beradik post di FB tentang PokLong yang ditahan wad..
Pok Long memang selalu sakit tak boleh berjalan memandangkan PokLong ada kencing manis..
Kami sangka, kali ini sakit PokLong seperti kebiasaannya 
Kami sangka akan kembali sihat seperti biasa.
Melalui FB, sy dapat tahu PokLong dan boleh balik rumah..

Hujung minggu tu, pagi 20 Sept sampai di rumah
Sememangnya berhajat nak pergi lawat Tokwan dan Poklong pada petangnya..
Tapi tengahari tu, dapat berita keadaan PokLong tiba-tiba jadi semakin teruk..
Jadi, sy terus pergi rumah PokLong dan tengok ayoh n sanak saudara yang lain dah ada kat rumah PokLong.

Bila masuk je rumah PokLong, hati tetiba diserang rasa sebak yang amat...
Terkejut dan sungguh tak sangka lihat keadaan PokLong yang jauh berbeza yang amat sangat dari biasa..
Mana pergi PokLong yang banyak celotehnya?
Mana pergi PokLong yang aktif pergi sana sini?
Tapi kali ni, apa yang saya nampak hanya PokLong yang terbujur lemah di situ..
Melihat keadaan PokLong yang kurus dan amat lemah itu sungguh hati ini rasa sayu dan tak menentu

Masih saya ingat hingga kini, lama PokLong pandang mata saya bila saya suapkan air untuk PokLong
Rupa-rupanya itulah kali terakhir PokLong pandang mata saya..

Malam itu pulak, abg dari Sabah sampai pukul 11 malam dan terus melawat PokLong.

21 September 2013
Pagi tu memang keadaan agak sibuk
Ada majlis doa selamat di rumah sempena mak ayah yang akan tunai haji..
Dalam masa yang sama, kami sekeluarga bersilih ganti melawat PokLong...

1.30 petang,
Saya bersama Kaklong dan ibu saudara melawat PokLong
Masa tu PokLong sudah mula kekejangan dan muntah-muntah
3.00 petang, ayah call ambulans..
Saya, kaklong dan abg long tunggu ambulans untuk tunjuk jalan
Dalam masa kami tunggu, tiba-tiba dapat call bagitahu PokLong dah takde.
Tak percaya, tak terkata.. Semua ada...

Sesampai kami ke rumah PokLong, ramai dah yang menunggu di sana
Sebab sememangnya sejak 2 hari lepas
memang tidak pernah putus orang yang datang melawat Poklong
Memandangkan Poklong memang ramai yang kenal.

Hati ini makin sebak bila tengok Tokwan yang menangis..
Sy duduk tepi Tokwan dan gosok perlahan belakang Tokwan..
Ye..
Sememangnya ramai-ramai anak Tokwan,
Poklong boleh diibaratkan yang paling rapat dengan Tokwan memandangkan Poklong tak pernah berkahwin dan memang tinggal dengan Tokwan

Bila di IPDA sekalipun, asyik teringatkan Poklong..
Memang seakan-akan sukar nak percaya PokLong dah tiada..
Kenangan dengan PokLong terbayang kembali..
Waktu kecil-kecil dulu,
boleh dikatakan hampir semua adik-beradik bermanja dengan Poklong
Ikut Poklong jalan sini sana
Belajar mengaji dengan PokLong
Memandangkan Poklong memang guru mengaji di kampung..
Pok Long bawak kami mandi pantai
Pok Long jugak yang ambik hantar kami ke sekolah waktu mak ayah balik lambat
Pok Long jugak yang tunggu hampir 2 bulan kat tepi kelas waktu adik, Si Izzam darjah 1 takot nak p sekolah..
PokLong sudah berperanan sebagai seorang ayah bt kami..
Malah, Poklong jugak yang jaga adik2 termasuk ayah sy bila Tokki kami meninggal sejak ayah di bangku sekolah lagi..
Sungguh besar jasa PokLOng buat kami semua..
Kami semua sayang PokLong..
Tapi, ALLAH lebih sayangkan PokLong...

Allahyarham Haji Muhamad bin Omar
1947-2013
Al-Fatihah

Monday 2 September 2013

Cikgu Izzah BerPBS Sem 2

Assalamualaikum...

Release tension jap dengan update blog! ^_^
Lame balik rumah hari tue.. 3 minggu kot..
Seronok!! ^_^ hehehe..

Lepas cuti raya tue, terus p sekolah untuk BerPBS..
PBS Sem 1 dulu buat kat sekolah ayah, kali ni sekolah mak pulak..
SK Penarek, Setiu, Terengganu
Kali ni buat sorang2 je...

Actually, sekolah ni memang dah biase sangat sy jejak.. kih3.. ^_^
Sebab mak and 4 orang adik2  semua mengajar n belajar kat sini..
Musim menganggur zaman lepas SPM dulu pun, hampir 2 bulan hari2 datang duk tercongok lam bilik mak.. kih3..
Sebab??? X berani duk sorang2 kat umah yg memang banyak hutan tue... hihihih..
Jadi, keje kat sekolah ni dulu ajar nasyid n budak pidato.

Persediaan sebelum PBS ni, memang agak pening kepale jugak..
Bayangkan, kena buat 3 esemen berdasarkan PBS ni..
Mana x pening kepala cheq...
So, langkah terbaik, list siap2 ape yang perlu dibuat..

Sebelum mula berPBS, kena siapkan BBM nya lagi..
Naseb baek, si dikna kecik sudi nak menolong..
Walaupun banyaknye tolong tengok! hahaha...
Mak pun pening tengok anak dara dye duk p kedai alat tulis je kejenya..
*habes duit raya beli bahan2 aje.. hihih"

Maka, bermula lah PBS ku..
Dan dari hari pertama hingga hari terakhir, kejenya dalam Bilik Pemulihan aje..
Nama dah kan Cikgu Pemulihan! hehehe.. ^_^

Tapi paling lawak, asalnya sy paling awal datang sekolah..
Tapi last2 sy paling lewat jejak kaki kat tapak assembly..
Dek kerana tertinggal fail, borang berPBS nie.
Camno cheq nak lapor diri kalu xde surat tue?? huhu
Naseb baek mak suruh bawak kete masing-masing p sekolah..
Takde la bersesak2 ngan adik2ku yang buntal semua lam kete mak.. haha..
Lagipun, mak pun mengajar kelas KAFA..
Jadi, susah la nak balik tengahari nanti sebab mak jarang balik time tengahari..

Paling seronok, masa ajar budak-budak Tahun 1 guna bahan-bahan dalam laptop sendiri..


Jom tengok budak darjah 1 nyanyi lagu ABC.. Sini!! My keek account

Disebabkan takde pape sangat nak buat PBS, so volunteer diri sendiri untuk buat keje2 untuk Kak Sal aka Cg Pemulihan kat sini..
hehe.. last2 dapat keje2 buat carta semua..
Haa~~ Actually, memang suka buat keje2 camni..
Seronok tengok hasil sendiri..
*Walau xde la cantik sangat.. hihi*

3 carta pelajar n 3 carta token...


Hari ketiga memang paling takleh lupa..
Naek angin dah pagi2 ngan adik sendiri..
Boleh pulak dye pergi sorok kunci kereta..
Terpaksa la pergi ngan mak sekolah
Kesnya??? Tak bagi dye drive petang sebelum tue..
Nama dah darjah 6 cik adik oiii..
Takkan nak bagi drive, kakak sendiri pun boleh x boleh aje nak mendrive..
Ni nak pantau orang pulak..
Hahaha..bagi jugak la dye drive petang Rabu tue..
Maen asyik bagi jelingan maut aje kalau bertembung...
*Kak Ijah mung ni lembut hati tau dop, eman! wakakaka*

Dah namanya SBE sorang2 kan, memang takde nak ambik gambar ngan budak2.. hehehe..
Tapi, naseb baek adik2 sendiri ada, boleh la mintak tolong snap.. :D


 Gambar kat bawah ni ialah Razwan, Azzam dan Aiman.. heheh
Time Kak Sal takde, paksa jugak suruh Cikgu Izzah ni ajar dye...
Mula2 tu memang susah nak kawal, asyik nak citer aje..
Lepas bagi board ni, baru senyap sikit..
Tu pun bising lagi, tanding sape paling cepat tulisnya..


Paling xsyoknya sesekolah ngan adik2 sendiri ni ialah..
--> Sesuka hati usus dia aje mintak duit ngan I..
Ingat I dah keje ke?
Masa rehat minta, balik sekolah mintak, petang pun minta..
Pokai la I macam ni..
Tapi, xpe.. Saya memang suka sumbat makanan kat adik2 nie..
Bia kasi bulat lagi.. wakaka..
*adik2 sendiri, takkan nak berkira, ye dop? lagipun balik pun sekali sekala aje* :)


Last day kat sekolah, buat xtvt terapi sikit ngan budak2 kat sini..
Tugasan esemen jugak sebenarnya..


Pengalaman memang tak dapat dibeli kat mana-mana kan??
Kadang-kadang, selalu fikir, xsabar dah nak jadi Cikgu Izzah yg sebenar.. hehehe..
Sem depan buat kat mane pulak???
In sha Allah, maybe kat sekolah My Kaklong pulak.. hehehe, boleh x long??
*Tu pun kalau kalau kaklong x pindah ikut encik hubbynya lagi la..
Nak buat kat Cikgu Ammar kan, jauh sangat kat Sabah sana...
So pikiq! pikiq!! hehehe..

Sekian.. :)
Sambung keje! :D