TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Saturday 14 January 2017

Lagu Matematik : Sifir 7 dan Sifir 8

Assalamualaikum.

InsyaAllah entri kali ni nak berkongsi bahan bantu mengajar yang mungkin boleh membantu para pembaca untuk sesi P&P



Di bawah ni saya sertakan 2 buah lagu Sifir. Sifir 7 dan Sifir 8 yang telah saya cipta mungkin dalam 3 4 tahun yang lepas. 
Saya selalunya guna lagu ni waktu set induksi, relief kelas atau saja-saja nak pasang. hihi.
InsyaALLAH semoga bermanfaat buat semua.

Lagu Sifir 7 
Lagu Asal : Cinta Muka Buku - Najwa Latif



Kita belajar hafal sifir 7 hari ini
Sambil kita menyanyi pasti kita suka hati
Oooo…. Apa kita tunggu lagi
 
7 darab 1 masih jawabnya juga begitu
7 kali 2 , 14 pasti jawabnya
Oooo… 14 jawapannya

Bagaimana 7 darab 3
21 pasti itulah jawabnya
7 kali 4 apalah jawapannya
28  pasti anda betul semua
 
7 kali 5 sama dengan 35    
7 kali 6 pasti jawab 42
7 darab 7 cubalah anda kira
Betul  49   itulah jawapannya

    
56  jawab bila darab 8
63 bila didarab 9
7 kali 10 jadi cubalah teka
Yes betul   70     itulah jawabnya

Lagu Sifir 8
Lagu Asal : Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang - Tegar


  
Ku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu tak tahu sekarang hafal lagu
Hafal hafal hafal sifir lapanku
Pastikan ku ingat selalu

8 darab 1 jawabnya
8
16 itulah kemudiannya
8 darab 3 cubalah teka
24 itu lah jawabnya

Darab 4 pasti jawab
32
40 bila didarabkan lima
Syabaslah takat ini betul semua
Kira 8 darab 6 pula

Darab 6 jawabnya
48
Darab 7 pasti jawab 56
Darab 8 cubalah anda teka pula
  64 jawabnya

9 bila didarabkan 8
              72 itulah jawapan pilihan
Bila 8 didarabkan dengan 10
Pasti jawapannya 80
 
 
Di sini juga saya sertakan buat sahabat-sahabat untuk download video youtube ini melalui format mp3.

Sila klik di sini.
Dan hanya copypaste url Youtube bagi lagu di atas.

InsyaAllah. Semoga bermanfaat buat semua.
Saya hanya niat untuk berkongsi semoga sahabat-sahabat dipermudahkan urusan.
Masih ada beberapa lagu untuk dikongsi. InsyaALLAH ada masa, saya akan upload ye.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment