TENTANG HERBALIFE (No 1 Best Selling Nutritional Product)

Sunday 26 November 2017

Segenggam Ijazah

Assalamualaikum

Sebenarnya cerita dah lama.
Tapi nak kongsi juga. Rindu nak tulis blog.
Tapi tak tahu nak sembang pasal apa hahahaha.

KONVOKESYEN IPGM

Selamat menerima transkrip Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah Kelas Pertama pada bulan Ogos yang lepas.
Bersyukur, impian nak dapat first class tu Allah makbulkan.
Alhamdulillah.
Kepuasan untuk diri sendiri
Gila lama simpan cerita nak publish kiki

Alhamdulillah.
Perjalanannya, saya  dan kaklong beserta anakanda bujangnya, si Harraz Mifzal fly dari JB ke KL.
Dan keesokannya mak, abang dan adik bertolak dr Terengganu ke KL

Kami stay di Nafas Cube Resort dalam MAEPS tu
Sebab kamiorang konvo kat Dewan C MAEPS jugak
Recommended.
Sebab ada diskaun untuk penjawat awam.
Sebenarnya 500 untuk 2 malam.
Tapi kami dapat 300++ je selepas di diskaun kan hihi.

Yang warna merah atas tu bilik kami. Kontena gitu. Cantik design dalamnya
Then, sementara tunggu kedatangan family dari Terengganu
Sempatlah saya dan SAHABATSENGET pi shooting gambar prekonvo kami

Juga di recommended
Sangat berbaloi
Tipulah kalau cakap tak bangga dengan gambar konvo kami
Hihihi sangat puas hati dengan hasilnya
Dahlah photographer tu layan je lahai perangai gegadis nak bergambar 
hahaha 
Boleh jemput jenguk page depa kat sini


 Hehehe Boleh buat cover album



 Sebenarnya sebab gambar nie, kena bayar ganti rugi rm60 wey disebabkan mortar board patah 
hahaha tapi takpelah
Sebab dapat gambar nie. antara gambar feveret ni tau..
Seram. Hantu takde kepala haha


Untuk sahabat senget, pandangan masa depan ke tu? kikiki
Semoga masa depan kita akan sentiasa diberi kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan 
hahahhaa
walaupun dalam grup wassap tu tak pernah nak tenang
ada je yang nak menggila hahahhaa


Haaa.. ni dia...
Keluarga IPDA juga nie.
Kawan-kawan sekelas.
Alhamdulillah. Sempat ambil gambar dengan kawan-kawan sekelas walaupun tak cukup ahli

OK NEXT

Hari graduasi.
Kami sesi petang
Boleh la nak mekap lebih2 sikit hari kejadian kiki
Tapi memang agak rushing la
Nak bergambar guna fon sendiri ngan family pun tak sempat
Nasib baik ada ambik pakej photoshoot kat bawah dewan tu
Dan alhamdulillah adalah gambar family yang cun melecun kiki.



Sedih jugak. Sebab ada insan yang sepatutnya berada dalam gambar. 
Namun tiada di sini.
Alfatihah ayoh....

hihihihihi nampak muka Harraz tu.
Boleh pulak sempat buat peace dalam mamai dia tu haha

Apapun, doakan buat nur izzah untuk termotivasi nak sambung belajar.
Please, saya harapkan doa semua hahhaa
Jeles tengok kawan-kawan yang semngat nak sambung
Tapi aku camni la jugak kiki

Apapun, tiap orang ada hala tuju masing-masing
InsyaAllah kita adapt dulu dengan kehidupan seorang guru.
Nanti fikir lain ye hihi.

OKlah. Bai haha
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment